Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dunia tanpa sempadan.. Bila dah tanpa sempadan kerja pun jadi mudah sebab tak perlu nk fikirkan sekatan dan sebagainya.. Tetapi dalam dunia internet sekarang dunia tanpa sempadan perlu di berikan perhatian yang lebih.. Jika tidak di kawal, pelbagai kes yang melibatkan penggunaan internet berleluasa..
Mengapa perlu di salahkan kecanggihan teknologi??? Bukankah itu semua satu perkembangan yang baik di samping memajukan negara dalam bidang yang melibatkan teknologi maklumat dan komunikasi.. Seharusnya ia perlu di nilai dari aspek individu tersebut samaada sudah bersedia atau tidak untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin..

[carian google: Mark Zuckerberg - orang yang bertanggungjawab dalam kemunculan Facebook ]
Berita berkenaan angka yang agak tinggi iaitu 60, 000 pelajar kita yang ketagih Facebook.. Tak dinafikan rangkaian sosial ini telah menjadi rangkaian nombor satu di dunia.. Dari hari ke hari penggunanya bertambah sehingga melibatkan mereka-mereka yang masih belajar di peringkat sekolah rendah.. Tetapi kesan serta impaknya tetap ada.. Seperti mana yang di laporkan dalam Berita Harian:
KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi. (Baca selanjutnya)
Walaubagaimanapun, kes ini bukan melibatkan kalangan pelajar sahaja.. Orang dewasa yang berkerjaya juga menghadapi situasi yang sama.. Institusi kekeluargaan retak akibat ketagihan rangkaian sosial ni.. Siapa harus dipersalahkan??? Adakah rangkaian sosial tersebut?? Atau teknologi yang berkembang dengan pesatnya... Kita takkan mampu menyekat arus perkembangan tersebut.. Hari ini negara kita menerima teknologi peringkat 3, di luar sana teknologi sudah peringkat 5 @ 6.. Teknologi akan terus memacu ke hadapan tanpa kita sedar kita sudah ketinggalan..
[carian google: Etika Penggunaan Internet]
Seharusnya semua memainkan peranan samaada di rumah, di sekolah, siber cafe, institusi pengajian dan institusi pekerjaan.. Paling penting diri sendiri tahu dan sedar akan kelebihan dan kekurangan sesuatu perkara yang hendak di lakukan.. Etika penggunaan internet dan komputer harus ada dalam diri setiap individu.. Setiap perkara takkan ada kesudahnnya jika masing-masing hanya tahu mencari salah dan menuding jari ke sesetengah pihak sahaja..








0 komen:
Post a Comment