PENGGUNAAN BLOG DALAM PENDIDIKAN - SATU KAJIAN KES

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri kali ini akan memfokus kepada keseluruhan serta kesimpulan satu kajian kes berkenaan Penggunaan Blog dalam Pendidikan.

Dewasa ini, penggunaan blog lebih menjadi tarikan utama serta penggunaannya yang amat meluas. Ianya menjadi fenomena baru dalam mencari kelainan dalam berhubung. Dalam pendidikan pula, saban hari akan ada aplikasi barubagi menarik minat pelajar serta pendidik dalam mencari kelaianan dam pengajaran dan pembelajaran. Ianya amat di alu-alukan bagi memberikan impak yang terbaik buat anak bangsa dan juga generasi baru ini.

Penggunaan blog dewasa ini menjadi satu fenomena baru dalam dunia teknologi. Boleh juga di katakan ianya telah menarik minat ramai masyarakat menjadi penulis. Samaada ianya fakta atau sekadar berkongsi pendapat dan minat serta perjalanan aktiviti harian yang merupakan satu perkara peribadi.

Walaubagaimanapun, penggunaannya harus di lihat dari sudut yang positif. Di mana ia mampu memberikan impak yang besar dalam pembangunan minda masyarakat kita. Di sini dapat kita lihat penggunaan blog dalam pendidikan. Pendidikan negara kita juga telah mengalami banyak transformasi terutama dalam bidang teknologi.

Dapatan kajian berkenaan dengan penggunaan blog dalam pendidikan telah di jalankan sekitar bulan Julai hingga Ogos. Ianya di lakukan dengan mendapatkan pendapat serta pandangan individu-individu tertentu terutama guru-guru yang telah menggunakan blog dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendapat serta pandangan tersebut di salurkan melalui blog - http://arus-pendidikan.blogspot.com dan facebook - http://www.facebook.com/haida.hida.

Seorang guru iaitu Cikgu Wan Buanan bin Wan Hussain, dari Maktab Rendah Sains Mara Kuantan yang juga pelajar di Universiti Putra Malaysia telah memberikan pendapat serta pandangan beliau dalam kajian ini. Beliau juga salah seorang guru yang mengaplikasikan penggunaan blog dalam pendidikan terutama dalam subjek yang di ajar iaitu Bahasa Melayu untuk rujukan pelajar-pelajarnya. Selain itu, Cikgu Wan Buanan sedang menjalankan kajian terhadap penggunaan blog dalam pengajaran, fokus kepada penulisan karangan calon SPM.

Cikgu Wan Buanan telah mewujudkan banyak blog bagi beliau berinteraksi dengan pelajar serta masyarakat. Antara blog beliau ialah; Motivator Anda, Karangan, Kelas BM Maya, Bahasa Melayu Kertas 2, 1 Dinamik, 2 Dinamik, 4 Cemerlang dan Kelas 5 Amanah. Cikgu Wan Buanan telah merealisasikan penggunaan dengan memberikan segala bentuk tugasan dan latihan kepada pelajarnya dalam blog tersebut. Ianya di akui oleh seorang pelajar;
Ianya memberi sedikit kelainan jika di bandingkan dengan kaedah-kaedah sebelum ini. Apa yang lebih menarik, saya dapat berhubung dengan Cikgu Wan Buanan walaupun dalam cuti sekolah. Cuti tidak bermakna kami semua boleh abaikan pelajaran. Seperti saya yang mempunyai komputer dan internet di rumah telah membolehkan saya menyemak dari masa ke masa apa yang di maklumkan oleh Cikgu melalui blog tersebut. Selain itu, banyak tugasan dan latihan yang boleh saya lakukan sepanjang bercuti kerana ianya terus dari Cikgu. Contoh-contoh karangan yang di sediakan juga banyak membantu saya. Melalui blog itu juga, ibu bapa saya dapat mengetahui apa yang perlu saya lakukan sepanjang bercuti” (Asma Roslan, 4 Cemerlang MRSM, Kuantan).
Antara blog yang di wujudkan oleh Cikgu Wan Buanan Wan Hussain

Ini merupakan pendapat Cikgu Wan Buanan Wan Hussain berkenaan dengan penggunaan blog dalam pendidikan:

Selain itu, seorang guru yang juga salah seorang pemenang dalam pertandingan blog pendidikan anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris, Cikgu Swee Moi, menyokong usaha-usaha dalam mencari kelainan serta tarikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran:


Kesimpulan yang dapat di buat melalui kajian kes yang telah di jalankan ialah;

Melalui penulisan di blog para pendidik boleh berkongsi maklumat tentang pengalaman serta pengetahuan mereka. Bukan sahaja guru mempunyai blog, malahan ramai dalam kalangan pelajar sendiri mempunyai blog. Ini kerana, blog telah menjadi gaya hidup masyarakat. Inilah tempat mereka meluahkan apa sahaja. Di sini, sebagai pendidik, kita harus ambil peluang yang ada. Para pendidik boleh berinteraksi dengan pelajar melalui blog. Sama-sama menjadi follower. Blog ini satu fenomena baru, tak salah jika melaluinya para pendidik manfaatkan dengan semaksima mungkin dalam dunia pendidikan

Mungkin ada di antara guru-guru yang mencari kaedah untuk memberi kelainan serta tarikan bagi menarik minat para pelajar dalam subjek-subjek tertentu. Ada kalanya pelajar-pelajar ini bosan dan tidak berminat dengan kaedah pembelajaran dalam kelas. Sepatutnya sebagai seorang pendidik yang sentiasa peka serta ingin ilmu yang ada ini dapat di salurkan kepada anak bangsa dengan berkesan sentiasa mencari alternatif baru. Salah satunya blog. Peluang yang saya maksudkan ialah, pelajar sendiri sudah mempunyai blog, tidak salah jika pendidik itu memainkan peranan untuk menjadikan blog ini satu tapak atau medan mereka mengutarakan isu-isu berkenaan subjek yang di ajar dalam kelas. Saya yakin bahawa menggunakan kaedah ini, pelajar lebih aktif untuk memberikan pendapat serta pandangan.

PENGHARGAAN:

Dalam menyiapkan satu kajian kes ini, saya ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat. Terutama Tuan Haji Mohd Nazri bin Md Saad yang telah banyak memberi pendedahan baru aplikasi teknologi dalam dunia pendidikan. Seterusnya, ucapan terima kasih juga buat Cikgu Wan Buanan Wan Hussain dan Cikgu Swee Moi di atas perkongsian maklumat dan pendapat beliau dalam kajian kes ini.

Kepada kawan-kawan seperjuangan yang banyak memberi input dan pandangan serta sokongan yang tidak berbelah bagi sepanjang sesi kuliah dan kajian kes untuk kelas MTM6053 iaitu ISU-ISU ICT DALAM PENDIDIKAN, jutaan terima kasih di ucapkan.
Teruskan Bacaan: "PENGGUNAAN BLOG DALAM PENDIDIKAN - SATU KAJIAN KES"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TARIKAN TERBARU DALAM PENDIDIKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masih berkenaan dengan blog dan dunia ICT dalam pendidikan. Entri ni khas buat warga pendidik yang telah berusaha dalam mengaplikasikan blog serta ICT dalam pendidikan. Ianya ternyata bagus dan menarik minat para guru dan pelajar. Melaluinya juga, perkembangan ICT dapat di perluaskan. Bidang pendidikan adalah satu bidang yang amat penting dan menjadi fokus utama dewasa ini.

Pendidikan juga perlu serta dalam proses mengalami transformasi baru dalam ICT. Bercakap berkenaan blog ini, saya tertarik dengan usaha seorang guru yang juga merupakan salah seorang rakan sekelas Isu-isu ICT dalam Pendidikan iaitu Cikgu Jeya Santhy Nesan. Dalam kajin beliau berkenaan penggunaan blog amat bagus dan patut di teruskan bukan sekadar untuk kajian kes subjek kelas sahaja. Saya juga rasa bangga dengan usaha beliau itu.

Cikgu Nesan telah memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar beliau di sekolah yang merupakan sekolah berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM) dengan pembinaan blog. Pendedahan awal ini telah memberikan satu impak yang baik kepada pelajar tersebut.

Jika di lihat pada penerimaan pelajar-pelajar berkenaan dengan ilmu ICT, mereka memang sudah bersedia dan sanggup di berikan peluang tersebut. Tetapi bagaimana pula dengan warga pendidik? Adakah masih dengan kaedah lama yang sedikit sebanyak memberikan mood pelajar-pelajar mereka bosan untuk ke kelas?

Aplikasi ICT untuk kegunaan warga pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga telah banyak di perkenalkan, antaranya Google for Educators dan e-book. Isunya sekarang adakah warga pendidik semua sanggup dan bersedia untuk perubahan dalam memberikan tarikan serta kelainan dalam proses P&P?
Teruskan Bacaan: "TARIKAN TERBARU DALAM PENDIDIKAN"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ETIKA BLOGGING

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah pada 24 September 2010 yang lepas semua pembentangan untuk kelas Isu-isu ICT iaitu subjek MTM6053 selesai dengan jayanya. Jika sebelum ini pensyarah iaitu Tuan Haji Nazri Saad telah mengadakan sesi pembentangan serta kelas secara online, tapi pada sekian kalinya ini yang hanya berbaki 8 orang pembentang, ianya di lakukan secara bersemuka di Makmal Pusat ICT UPSI.

Saya adalah pembentang yang terakhir. Pada malam itu, saya telah membentangkan satu kajian kes yang telah di jalankan bermula bulan Julai. Tajuk kajian ialah: Penggunaan Blog dalam Pendidikan. Sebelum ini juga, saya pernah menulis berkenaan dengan tajuk kajian yang telah saya lakukan ini antaranya ialah:

  1. BLOGGING
  2. BLOG PENDIDIKAN MENINGKATKAN LAGI ILMU PENGETAHUAN PENDIDIK DALAM DUNIA ICT
  3. KELEBIHAN MENGGUNAKAN BLOG DALAM PENDIDIKAN

Ianya adalah serba sedikit penerangan berkenaan dengan blog. Pada malam tersebut juga, semasa pembentangan, saya tertarik dengan point yang saya sendiri utarakan iaitu berkenaan dengan etika blogging. Apa yang di maksudkan dengan etika?? Menurut Wikipedia:

"Etika (melalui Latin ethica daripada bahasa Greek kuno ἠθική [φιλοσοφία] "falsafah moral") merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada manganalisis apa yang betul dan salah seperti yang sering dianggap. Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli falsafah. Antara isu utama dalam etika ialah pencarian summum bonum, iaitu "kebaikan yang terbaik". Tindakan yang betul dikatakan mengakibatkan kebaikan terbaik, manakala tindakan tak bermoral dikatakan menghalangnya."

Bagaimana pula dengan etika blogging?? Sebenarnya dalam blogging tidak ada etika yang rasmi tidak seperti mana penulisan majalah ilmiah yang telah menggariskan etika dan panduan khusus. Walaubagaimanapun, jika di lihat pada penggunaannya dewasa ini, ia memang patut mempunyai etika penulisan blog. Sepertimana yang di utarakan oleh Tun Dr Mahathir dalam akhbar Utusan:
“Kalau tidak ada kod etika, penulis blog akan menulis apa sahaja yang disukai tanpa menghiraukan sama ada ia berasaskan fakta atau tidak. Penulis blog seharusnya memainkan peranan membentuk minda masyarakat bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia melalui hasil penulisan yang tepat dan berkualiti. Oleh itu, kod etika diperlukan sebagai peraturan dalam diri (penulis blog) supaya menulis berasaskan kepada fakta dan kebenaran bukannya sekadar sesesuka hati”.

Teruskan Bacaan: "ETIKA BLOGGING"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN "ONLINE CLASS"

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru beberapa jam yg lepas saya dan kawan-kawan selesai dengan kelas online bersama Tuan Haji Nazri Saad. Hari ini memang adalah cuti umum kemerdekaan. Sebelum saya pergi lebih lanjut berkenaan tajuk entry kali ini, ingin saya mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara tercinta yang ke 53.. Sudah 53 tahun negara kita merdeka, maka kita semua harus bersedia untuk sebarang transformasi terutama dalam bidang pendidikan. Para pendidik juga para pelajar harus bersedia dalam melahirkan satu generasi yang serba boleh terutama dalam penggunaan ICT.

Bila mengutarakan berkenaan "online class", kita akan berdepan dengan positif dan negatifnya atau lebih elok kita gunakan perkataan kelebihan dan kelemahan.

Antara kelebihan yang tak dapat di nafikan adalah:

  1. masa yang fleksibel - pelajar dan pensyarah/guru boleh memilih masa yang sesuai dan bila-bila serta di mana sahaja. semuanya adalah atas persetujuan bersama. seperti yang telah kami lakukan ini, walaupun cuti umum, kami masih boleh mengadakan kelas tanpa halangan.
  2. tempat yang fleksibel - pelajar dan pensyarah/guru boleh berinteraksi jika di bantu oleh keperluan yang cukup di mana sahaja. seperti tadi, Tuan Haji berada di rumah, dan saya juga berada di rumah dan kawan-kawan berada di merata tempat. kalau di fikirkan cuti umum macam ni, kampus tutup dan xecara automatik kelas juga tutup. tapi, kami masih boleh berinteraksia antara satu sama lain.
  3. pelajar tak perlu mengambil nota - tak seperti kelas biasa, kelas online yang kami adakan ini sangat fleksibel. hanya perlu tumpukan pada slide yang di sediakan oleh presenter dan slide tersebut juga telah di masukkan ke dalam google doc melaui email masing-masing.. jadi, kita hanya fokus pada presentation.
  4. tidak ada sebarang kod etika pemakaian - jika ke kelas kita perlulah mematuhi kod etika pemakaian yang telah di tetapkan. tapi bila kita mengadakan kelas online, kod ini tidak perlu di fokus lagi, sekadar kita tahu adat sopan berpakaian
  5. lebih berkeyakinan - terutama pada pelajar seperti saya yang memang tahap keyakinan kurang bila berdepan dengan orang ramai untuk prensentation. rasa gementar dan gemuruh dapat di kurangkan atau terus di elakkan.

Walaubagaimanapun, setiap perkara ada kelemahannya. sama jugalah dengan penggunaan kelas online ini:

  1. peralatan yang tidak berfungsi dengan sebaik mungkin - ini tak dapat di elakkan jika ianya berlangsung secara 'live'.. di sinilah dapat kita lihat alatan seperti mikrofon dan video tidak berfungsi. seperti presentation tadi, kak Rohana menghadapi masalah audio. suaranya tidak dapat di dengar oleh kami semua. suara Tuan Haji juga kadang2 terputus.
  2. slide presentation tidak boleh terlalu berat - ini akan kita hadapi bila nak meneruskan presentation dari satu slide ke slide yang lain. jika terlalu berat dengan grafik ia akan ambil masa ayng lama untuk loading, seperti yang di hadapi oleh kak Fitriyatul. slidenya yang terpaksa ambil masa terlalu lama loading dari slide 9 ke 10..
  3. dapat dengar 2 suara - mungkin ini silap pada setting audio dan ianya masih boleh di perbaiki pada kelas seterusnya.

Itu adalah antara kelebihan dan kelemahan yang terdapat pada "online class". Kelemahan tersebut yang pada saya masih boleh di perbaiki dan kelas tersebut boleh di jalankan dengan baik kerana ianya hanya masalah-masalah biasa.



Ini adalah skrin yang saya capture dari kelas online tadi. Jika dapat kita lihat, ada 2 gambar disebelah kiri. itu adalah video antara Tuan Haji dengan presenter iaitu cikgu Ain. Tuan Haji telah disabled video dia dan kami hanya dapat dengar suara Tuan Haji dan melihat video dari Cikgu Ain. di tengah-tengah itu adalah slide presentation yang di masukkan oleh Cikgu Ain. di sebelah video tersebut ada 2 kotak chat box. sambil kami fokus pada presentation tersebut, kami juga boleh chat dengan Cikgu Ain dan Tuan Haji untuk bertanya soalan yang berkatian dengan slide presentation.

Teruskan Bacaan: "KELEBIHAN DAN KELEMAHAN "ONLINE CLASS""

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KELAS ONLINE MENGGUNAKAN 'DIMDIM WEB MEETING'

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
.
Apakah kaedah pembelajaran yang mampu memberikan tarikan baru kepada pelajar-pelajar terutama pelajar institut pengajian tinggi awam/swasta??
.
Saya mulakan perbincangan serta perkongsian pada kali ini dengan persoalan. Jika di lihat dewasa ini, pelbagai kaedah telah di terokai oleh para pensyarah untuk mendapatkan kelainan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kelainan tersebut tidak dapat di elakkan dengan penggunaan teknologi masa kini. Seperti entri saya sebelum ini iaitu berkenaan dengan v-cube. Ianya juga merupakan aplikasi yang di gunakan dalam mencari kelainan dalam proses P&P. Ia juga merupakan salah satu kaedah yang boleh di gunakan untuk kelas online.

Bagi kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman menggunakan satu lagi aplikasi untuk kelas online yang telah saya dan kawan-kawan gunakan dalam kelas ISU-ISU ICT DALAM PENDIDIKAN bersama pensyarah. Aplikasi tersebut di beri nama DIMDIM WEB MEETING. Sedikit penerangan berkenaan dimdim.com.
"Face-to-face meetings used to be the only way to get things done. Now the best way to save money, time and travel is to collaborate over the Web with Dimdim. Push button simplicity lets everyone host or attend live meetings, demos and webinars using just a web browser instantly increasing your productivity. Give presentations, share web pages, whiteboards, voice, video – even record your events - with no software to install and with no hassles."

"Dimdim is free for small meetings and is only $25 per month for unlimited use with many more participants. And only Dimdim is both easier to use and much less expensive than WebEx or GoToMeeting."
Pengalaman ini adalah kali yang ke dua saya dan kawan-kawan menggunakan dimdim web meeting. Ianya amat menarik dan mampu memberikan kelainan dalam pengajaran dan pembelajaran. Apa yang lebih penting interaksi adalah berlaku dalam dua hala iaitu, antara pensyarah dan pelajar serta pelajar dengan pelajar. Kami juga boleh bertanya jika ada ketidakfahaman dari syarahan yang di berikan.



Pada presentation tersebut juga, pensyarah iaitu Tuan Haji Nazri Saad telah merekod kelas online tersebut. Kami dapat melihat video pensyarah dan mendengar dengan jelas suara beliau. Selain itu, pensyarah sebagai konduktor telah memberikan arahan kepada salah seorang pelajar untuk bertukar. Ini bermaksud, pelajar yang di pilih tadi pula akan konduk presentation tersebut. Di sini, dapat di lihat perubahan video dari pensyarah kepada pelajar. Suara pensyarah dan pelajar tersebut dapat di dengar oleh semua. Saya dan rakan-rakan lain betul-betul teruja kerana sebelum ini, kami sentiasa hadir kelas seperti biasa.

Jika sebelum ini saya pernah mendengar tentang kelas online. Tetapi seperti meraguinya kerana persoalan seperti bolehkah kita berinteraksi dengan pensyarah dan rakan-rakan sekelas di alam maya seperti itu. Akhirnya apabila saya menggunakan sendiri beberapa aplikasi, saya menjadi amat tertarik dan memikirkan ianya patut di perluaskan lagi.




Teruskan Bacaan: "KELAS ONLINE MENGGUNAKAN 'DIMDIM WEB MEETING'"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KELEBIHAN MENGGUNKAN BLOG DALAM PENDIDIKAN

Sebelum ini saya pernah memberikan istilah-istilah yang sentiasa di gunakan dalam blog seperti blog, blogger dan juga blogger service. Kali ini ingin saya berkongsi tentang kelebihan serta manfaat yang dapat diperolehi. Saya ada membuat sedikit pencarian terhadap kelebihan-kelebihan yang di nyatakan oleh blogger-blogger yang memang sudah lama serta arif dalam dunia blog ini. Mereka sendiri mengakui bahawa blog adalah satu medan serta tapak untuk mereka manfaatkan pengetahuan sebagai penulis atau sesiapa sahaja yang mahu belajar menulis.

Melalui penulisan di blog para pendidik boleh berkongsi maklumat tentang pengalaman serta pengetahuan mereka. Saya sendiri ada melakukan sedikit blogwalking (pencarian bke blog-blog) dan menemui blog yang merupakan blog-blog pelajar sekolah. Ini kerana, dewasa ini blog telah menjadi gaya hidup masyarakat. Inilah tempat mereka meluahkan apa saja. Di sini, sebagai pendidik, kita harus ambil peluang yang ada. Para pendidik boleh berinteraksi dengan pelajar melalui blog. Sama-sama menjadi follower. Blog ini satu fenomena baru, tak salah jika melaluinya para pendidik manfaatkan dengan semaksima mungkin dalam dunia pendidikan

Mungkin ada di antara guru-guru yang mencari kaedah untuk memberi kelainan serta tarikan bagi menarik minat para pelajar dalam subjek-subjek tertentu. Ada kalanya pelajar-pelajar ini bosan dan tidak berminat dengan kaedah pembelajaran dalam kelas. Sepatutnya sebagai seorang pendidik yang sentiasa peka serta ingin ilmu yang ada ini dapat di salurkan kepada anak bangsa dengan berkesan sentiasa mencari alternatif baru. Salah satunya blog. Peluang yang saya maksudkan ialah, pelajar sendiri sudah mempunyai blog, tidak salah jika pendidik itu memainkan peranan untuk menjadikan blog ini satu tapak atau medan mereka mengutarakan isu-isu berkenaan subjek yang di ajar dalam kelas. Saya yakin bahawa menggunakan kaedah ini, pelajar lebih aktif untuk memberikan pendapat serta pandangan.

Pendidik bukan sahaja bertanggungjawab dalam memastikan anak didiknya mendapat ilmu yang di ajar, mereka juga sentiasa memastikan anak bangsa ini betul-betul bersedia dalam mengharungi kehidupan mereka. Dengan ini, pendidik cuba untuk menjadikan para pelajar ini sebagai kawan. Adakah dalam kelas pendidik mampu untuk menerokai dunia pelajar mereka? Adakah para pelajar sudi menceritakan permasalahan kepada guru? Tidak salah jika saya katakan blog adalah tempat guru-guru menerokai isi hati pelajar mereka.

Di sini ada beberapa blog yang mengutarakan kelebihan blog dalam pendidikan:
  1. Manfaat blog bagi pendidikan guru
  2. Manfaat blog bagi dunia pendidikan
  3. Manfaat blog untuk pendidikan
.
Antara blog pendidik:
  1. Koleksi soalan dan latihan sejarah 2 spm
  2. Laman Cikgu Sejarah
.
Bersama kita membincangkan isu blog dalam pendidikan. Mungkin ada di antara blogger terutama pendidik sendiri ada pandangan serta pendapat berkenaan isu ini. Atau mungkin apa yang di perkatakan tentang blog tidak sesuai dengan pendidikan. Semua terpulang pada pendapat dan pandangan individu.


Teruskan Bacaan: "KELEBIHAN MENGGUNKAN BLOG DALAM PENDIDIKAN"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

V-CUBE Meeting

Salam sejahtera.. semalam saya dan pensyarah serta beberapa orang kawan-kawan sekelas Isu-isu ICT dalam Pendidikan telah mencuba satu aplikasi baru iaitu V-CUBE Meeting (Web Based Technology for Visial Learning and Video Communication). Apa yang boleh saya katakan berkenaan aplikasi ini ialah ianya sangat menarik dan menyeronokkan. Kelebihannya kami dapat berinteraksi secara terus melalui audio dan juga video. Memang sesuai untuk online learning. Saya masih mencari maklumat-maklumat lanjut berkenaan aplikasi ini.



Ini adalah aplikasi yang kami gunakan semalam

Gambar di bawah ini adalah penerangan berkenaan aplikasi di atas.
Untuk maklumat lanjut boleh la lawati laman web http://vcube.com







Teruskan Bacaan: "V-CUBE Meeting"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TEKNOLOGI KOMUNIKASI

Komunikasi:

"satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:

  • perbuatan menghantar matklumat; dan
  • proses untuk bertukar-tukar maksud;

supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.

Penyiaran radio dua hala transatlantik yang pertama berlaku pada 25 Julai 1920.

Apabila teknologi berkembang, protokol komunikasi pun berubah, misalnya Thomas Edison mendapati bahawa perkataan hello ialah sapaan yang paling tidak meragukan berbanding hail yang mudah hilang semasa penghantaran isyarat tersebut.

Jika dahulu proses komunikasi hanya dengan bersemuka antara satu sama lain.


carian google

Teknologi komunikasi terus berkembang dengan pantas. Kewujudan telefon memudahkan masyarakat berhubung dekat atau jauh.


carian google

Seterusnya teknologi komunikasi makin maju dengan kewujudan komputer dan telefon mudah alih.

carian google

Dengan adanya teknologi komunikasi yang semakin hari semakin canggih ini, wujudlah pelbagai aplikasi bagi memudahkan perhubungan antara masyarakat sekarang. Di sinilah internet di gunakan secara meluas.

Internet:
# Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan networking.
# Internet merujuk kepada rangkaian yang dibina dengan menyambungkan rangkaian komputer di antara satu sama lain.
# Internet merupakan gabungan rangkaian kecil yang membentuk sebuah rangkaian yang sangat besar dengan menggunakan protokol yang sama.




Antara aplikasi yang paling popular pada masa kini ialah:


carian google

Teruskan Bacaan: "TEKNOLOGI KOMUNIKASI"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Internet Entrepreneurship Programme MDeC-WENA

Pada 18 Julai 2010 lepas, saya telah menghadiri kursus Internet Entrepreneurship Programme MDeC-WENA.Program ini merupakan satu program yang menarik untuk usahawan-usahawan kecil di setiap negeri. Penyertaan saya itu adalah kerana mengikuti kakak ipar, setiap peserta di benarkan membawa 2 orang. Sebelum hadir ke kursus tersebut peserta diminta menghadiri temuduga untuk mengetahui tahap penggunaan komputer serta internet untuk mendapat kelayakan kursus tersebut.

Banyak yang dapat saya pelajari. Tenaga pengajar juga seorang yang bertauliah dalam bidang ICT. Saya akui mula-mula masuk makmal rasa macam bosan sebab semuanya makcik-makcik. Selepas bergaul mesra dan meNgetahui serba sedikit tentang perniagaan mereka, saya menjadi minat dan bersemangat untuk teruskan kursus pada hari tersebut.

Mereka semua datang dari pelbagai latar belakang perniagaan; butik kecantikan, taska dan tadika, produk makanan serta tekstil. Boleh di katakan antara mereka semua memang tidak mempunyai asas dalam ICT, tapi kerana minat serta semangat untuk kembangkan perniagaan mereka menggunakan teknologi bagi seiring dengan keadaan sekarang. Banyak yang mereka boleh gunakan antaranya website myebiz, blogspot dan facebook.

Apa kaitannya dengan pendidikan?? Pendidikan juga satu perniagaan. Ini kerana ada antara mereka yang membuka pusat taska dan tadika. Melalui ICT mereka dapat kenalkan perniagaan serta perkhidmatan tersebut. Ini satu kelebihan serta dapat memberikan manfaat kepada perniagaan mereka. Arus pendidikan sekarang makin maju, jika kita bijak menggunakan peluang yang ada, kita akan lebih bersedia untuk menyahut cabaran teknologi serta dunia.
Teruskan Bacaan: "Internet Entrepreneurship Programme MDeC-WENA"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BLOGGING

SALAM.. seperti mana entri yang pernah saya pos sebelum ini iaitu berkenaan blog. Pada entri terbaru ini, sukanya saya untuk berkongsi istilah-istilah yang melibatkan blog..


Sebuah blog adalah jenis website atau sebahagian daripada sebuah laman web. Blog biasanya dikendalikan oleh seorang individu dengan entri biasa ulasan, keterangan peristiwa, atau bahan-bahan lain seperti grafik atau video. Entri-entri ini biasanya dipaparkan dalam urutan kronologi terbalik. "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja, yang bermaksud untuk memelihara atau menambah kandungan ke blog.

Banyak blog memberikan komen atau berita tentang subjek tertentu; lain lebih berfungsi sebagai buku harian peribadi dalam talian. Sebuah blog khas menggabungkan teks, gambar, dan link ke blog lain, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topik tersebut. Kemampuan pembaca untuk meninggalkan komen dalam format interaktif merupakan sebahagian penting dari banyak blog. Kebanyakan blog terutama tekstual, meskipun beberapa pakar dalam seni (Art blog), foto (photoblog), video (Video blogging), muzik (MP3 blog), dan audio (Podcasting). Microblogging adalah jenis lain dari blogging, memaparkan posting yang sangat singkat.


Blogger adalah perkhidmatan simpanan blog yang membolehkan blog peribadi atau multi-user dengan catatan masa dicap. Buku itu dicipta oleh Pyra Labs, yang dibeli oleh Google pada tahun 2003. Perkhidmatan itu sendiri terletak di http://www.blogger.com/. Secara umum, blog-host oleh Google pada subdomain dari blogspot.com. Hingga 1 Mei 2010 Blogger membolehkan pengguna untuk menerbitkan blog di host lain, melalui ftp. Semua blog seperti itu (atau masih ada) untuk dipindahkan ke server milik Google sendiri, dengan domain selain blogspot.com dibenarkan melalui Custom URL.

Blogger:

Seseorang yang menulis blog, atau weblog.

Bagaimana pula dengan penggunaan blog dalam pendidikan?? Isu-isu yang terlibat dengan blog terlalu banyak dewasa ini. Semuanya berkenaan dengan etika blogging. Apakah manfaat serta kelebihan blog dalam pendidikan? Semua itu akan di kupas dalam entri akan datang.

Teruskan Bacaan: "BLOGGING"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENGURUSAN ICT DALAM PENDIDIKAN

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera.. Isu seterusnya yang memang amat penting untuk kita bincangkan adalah isu pengurusan ICT dalam pendidikan. Pertama sekali ingin saya kongsikan maksud kepada baris-baris perkataan tersebut untuk kita lebih memahaminya.

PENGURUSAN:

"Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan, dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan"

Inilah pentingnya pengurusan. Tidak kira apa jua bidang, jika pengurusan yang baik akan memberikan impak yang baik serta berkualiti dalam menggerakkannya. Jika dilihat pada baris-baris maksud di atas ianya amat penting dari segi perancangan, aturan, pimpinan dan motivasi, kawalan serta pelarasan.
.
Dalam bidang pendidikan, ICT boleh dikatakan masih baru dan segar dikalangan para pendidik. Mungkin ianya memerlukan masa serta ruang peluang yang lebih kepada mereka untuk lebih maju serta cekap dalam penggunaannya. Banyak kajian yang telah di lakukan terhadap kesediaan para pendidik terhadap ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian, ada yang berminat dan menyokong saranan ICT dalam P&P, tetapi ada juga yang menolak penggunaan teknologi ini. [Artikel berkenaan: Tahap Penggunaan ICT di kalangan Guru-guru]. Daripada kajian-kajian tersebutlah, segala bentuk masalah serta penyelesaiannya perlu di cari. Inilah pentingnya pengurusan. Tanpa pengurusan bagaimana dapat di ketahui apa yang diperlukan di dalam membangunkan ICT dalam pendidikan.
.
Dalam membincangkan berkenaan PENGURUSAN ICT DALAM PENDIDIKAN ianya akan melibatkan pengurusan infrastruktur dan juga isu dan strategi pengurusan makmal. Semua ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam. [Rujukan: ICT dalam pengurusan pendidikan]
Teruskan Bacaan: "PENGURUSAN ICT DALAM PENDIDIKAN"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BLOG PENDIDIKAN MENINGKATKAN LAGI ILMU PENGETAHUAN PENDIDIK DALAM DUNIA ICT

Sedikit pengertian berkenaan blog boleh lah di layari laman web wikipedia.. sekadar untuk pengertian kita bersama.
"A blog (a portmanteau of the term "web log")[1] is a type of website or part of a website. Blogs are usually maintained by an individual with regular entries of commentary, descriptions of events, or other material such as graphics or video. Entries are commonly displayed in reverse-chronological order. "Blog" can also be used as a verb, meaning to maintain or add content to a blog..."
Saya suka bila mengutarakan pendapat tentang blog pendidikan. Dewasa ini semakin ramai guru-guru atau pendidik anak bangsa ini mewujudkan laman blog mereka sendiri. Rata-rata antara mereka menggunakan akaun blogspot.com. Mungkin mudah dan cepat untuk mereka mewujudkan blog tersebut. Walauapapun yang mereka guna, saya memang tertarik dengan kaedah yang mereka manfaatkan. Apa yang lebih penting, mereka menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT.
.
Selain guru-guru, para pelajar juga tidak ketinggalan menggunakan kemudahan ICT ini. Mereka dapat berinteraksi secara maya dengan guru-guru mereka dan masyarakat.
.
Banyak contoh blog pendidikan yang telah di wujudkan. Search saja "Blog Cikgu", banyak yang akan di paparkan. Melalui blog tersebut juga, pendidik boleh berinteraksi secara maya dengan orang ramai terutama pelajar-pelajar mereka sendiri. Selain itu, orang ramai dapat mengetahui pengalaman serta isu semasa dalam bidang pendidikan.
.
Saya ambil satu contoh blog iaitu LAMAN BLOG CIKGU TAN C L.. Banyak maklumat dan pengetahuan yang dapat kita perolehi. Melalui blog Cikgu Tan juga, para blogger dapat mencari blog-blog cikgu yang lain..
.
Jika kita lihat pada penggunaan ICT ini, kita boleh melihatnya dari sudut negatif dan positif terutama dalam berblogging. Tetapi, seperti mana-mana aspek bidang sekalipun tidak dapat lari dari semua tu. Jika kita bijak menggunakannya, percayalah ICT iaitu blog banyak memberikan kelebihan serta manfaat yang amat berguna terutama kepada para pendidik dalam menyalurkan ilmu pengetahuan mereka selain dari pengajaran seharian di sekolah.
Teruskan Bacaan: "BLOG PENDIDIKAN MENINGKATKAN LAGI ILMU PENGETAHUAN PENDIDIK DALAM DUNIA ICT"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ICT DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT

SALAM.. Seperti dua tajuk sebelum ini yang telah saya postkan untuk perkongsian bersama berkenaan dengan bidang ICT. Sekarang saya ingin mengajak kawan-kawan membincangkan berkenaan dengan tajuk di atas iaitu "ICT DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT", terutama rutin harian masyarakat. kenapa dan mengapa ICT ini penting? Inilah yang akan kita bincangkan bersama. ICT ini adalah satu istilah perolehan maklumat. Pada satu artikel yang saya jumpai bertajuk "Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Pengupaya Masyarakat Melayu Berasaskan Pengetahuan", saya tertarik dengan baris-baris ayat:

"Sebuah masyarakat yang kaya maklumat? Masyarakat kaya maklumat atau masyarakat berasaskan ilmu memerlukan kewujudan faktor-faktor yang boleh menyokong dan ianya meliputi lima keadaan: kewujudan persekitaran info-struktur yang sesuai, infrastruktur yang mantap dan berkeyakinan, komuniti yang celik ICT, komuniti yang mempunyai kemahiran maklumat yang berkaitan, dan kewujudan governans yang menyokong"

Keberkesanan penggunaan ICT di kalangan masyarakat adalah demi pembangunan ke arah mewujudkan sebuah negara yang berteknologi dan berkomunikasi. Jika dilihat di negara-negara maju ianya amat ketara tahap penggunaan ICT terutama di negara Amerika Syarikat, Jepun, Kanada dan sebagainya. Ianya telah memberi impak, faedah dan juga kebaikan yang mampu dinikmati oleh semua pihak. Melaluinya negara akan lebih maju dan terbilang. [Rujukan bersama: 1 - Negara terbilang menerusi ICT, 2 - Malaysia di tempat tertinggi dalam penggunaan ICT]
.
Melihat kepada kepentingan ICT pada masyarakat, ianya di gunakan dalam bidang perniagaan, kemahiran dan pembelajaran, perubatan, dan pengurusan pentadbiran. Boleh dikatakan ICT pemangkin kepada terbentuknya sebuah kualiti. Tetapi sejauh manakah ICT dapat dijadikan kuasa penggerak dalam pembangunan masyarakat demi berdaya saing dalam era globalisasi.
Teruskan Bacaan: "ICT DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DASAR UTAMA ICT DALAM PENDIDIKAN

Untuk memberikan penjelasan terhadap dasar-dasar ICT dalam pendidikan, saya ada melawati beberapa laman web. Akhirnya saya temui satu laman web sebuah sekolah dan ianya menceritakan tentang Pendidikan ICT di Malaysia. 3 dasar yang telah digariskan oleh KPM, iaitu:
.
1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.

2. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).

3. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.
Teruskan Bacaan: "DASAR UTAMA ICT DALAM PENDIDIKAN"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Sekadar berkongsi maklumat serta istilah sebenar ICT.. Untuk maklumat yang lebih terperinci boleh lah di lawati laman web wikipedia.
.
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Teruskan Bacaan: "TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TUTORIAL



KEMAJUAN ICT DALAM DUNIA PENDIDIKAN