Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Baru beberapa jam yg lepas saya dan kawan-kawan selesai dengan kelas online bersama Tuan Haji Nazri Saad. Hari ini memang adalah cuti umum kemerdekaan. Sebelum saya pergi lebih lanjut berkenaan tajuk entry kali ini, ingin saya mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara tercinta yang ke 53.. Sudah 53 tahun negara kita merdeka, maka kita semua harus bersedia untuk sebarang transformasi terutama dalam bidang pendidikan. Para pendidik juga para pelajar harus bersedia dalam melahirkan satu generasi yang serba boleh terutama dalam penggunaan ICT.
Bila mengutarakan berkenaan "online class", kita akan berdepan dengan positif dan negatifnya atau lebih elok kita gunakan perkataan kelebihan dan kelemahan.
Antara kelebihan yang tak dapat di nafikan adalah:
- masa yang fleksibel - pelajar dan pensyarah/guru boleh memilih masa yang sesuai dan bila-bila serta di mana sahaja. semuanya adalah atas persetujuan bersama. seperti yang telah kami lakukan ini, walaupun cuti umum, kami masih boleh mengadakan kelas tanpa halangan.
- tempat yang fleksibel - pelajar dan pensyarah/guru boleh berinteraksi jika di bantu oleh keperluan yang cukup di mana sahaja. seperti tadi, Tuan Haji berada di rumah, dan saya juga berada di rumah dan kawan-kawan berada di merata tempat. kalau di fikirkan cuti umum macam ni, kampus tutup dan xecara automatik kelas juga tutup. tapi, kami masih boleh berinteraksia antara satu sama lain.
- pelajar tak perlu mengambil nota - tak seperti kelas biasa, kelas online yang kami adakan ini sangat fleksibel. hanya perlu tumpukan pada slide yang di sediakan oleh presenter dan slide tersebut juga telah di masukkan ke dalam google doc melaui email masing-masing.. jadi, kita hanya fokus pada presentation.
- tidak ada sebarang kod etika pemakaian - jika ke kelas kita perlulah mematuhi kod etika pemakaian yang telah di tetapkan. tapi bila kita mengadakan kelas online, kod ini tidak perlu di fokus lagi, sekadar kita tahu adat sopan berpakaian
- lebih berkeyakinan - terutama pada pelajar seperti saya yang memang tahap keyakinan kurang bila berdepan dengan orang ramai untuk prensentation. rasa gementar dan gemuruh dapat di kurangkan atau terus di elakkan.
Walaubagaimanapun, setiap perkara ada kelemahannya. sama jugalah dengan penggunaan kelas online ini:
- peralatan yang tidak berfungsi dengan sebaik mungkin - ini tak dapat di elakkan jika ianya berlangsung secara 'live'.. di sinilah dapat kita lihat alatan seperti mikrofon dan video tidak berfungsi. seperti presentation tadi, kak Rohana menghadapi masalah audio. suaranya tidak dapat di dengar oleh kami semua. suara Tuan Haji juga kadang2 terputus.
- slide presentation tidak boleh terlalu berat - ini akan kita hadapi bila nak meneruskan presentation dari satu slide ke slide yang lain. jika terlalu berat dengan grafik ia akan ambil masa ayng lama untuk loading, seperti yang di hadapi oleh kak Fitriyatul. slidenya yang terpaksa ambil masa terlalu lama loading dari slide 9 ke 10..
- dapat dengar 2 suara - mungkin ini silap pada setting audio dan ianya masih boleh di perbaiki pada kelas seterusnya.

Ini adalah skrin yang saya capture dari kelas online tadi. Jika dapat kita lihat, ada 2 gambar disebelah kiri. itu adalah video antara Tuan Haji dengan presenter iaitu cikgu Ain. Tuan Haji telah disabled video dia dan kami hanya dapat dengar suara Tuan Haji dan melihat video dari Cikgu Ain. di tengah-tengah itu adalah slide presentation yang di masukkan oleh Cikgu Ain. di sebelah video tersebut ada 2 kotak chat box. sambil kami fokus pada presentation tersebut, kami juga boleh chat dengan Cikgu Ain dan Tuan Haji untuk bertanya soalan yang berkatian dengan slide presentation.








