TARIKAN TERBARU DALAM PENDIDIKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masih berkenaan dengan blog dan dunia ICT dalam pendidikan. Entri ni khas buat warga pendidik yang telah berusaha dalam mengaplikasikan blog serta ICT dalam pendidikan. Ianya ternyata bagus dan menarik minat para guru dan pelajar. Melaluinya juga, perkembangan ICT dapat di perluaskan. Bidang pendidikan adalah satu bidang yang amat penting dan menjadi fokus utama dewasa ini.

Pendidikan juga perlu serta dalam proses mengalami transformasi baru dalam ICT. Bercakap berkenaan blog ini, saya tertarik dengan usaha seorang guru yang juga merupakan salah seorang rakan sekelas Isu-isu ICT dalam Pendidikan iaitu Cikgu Jeya Santhy Nesan. Dalam kajin beliau berkenaan penggunaan blog amat bagus dan patut di teruskan bukan sekadar untuk kajian kes subjek kelas sahaja. Saya juga rasa bangga dengan usaha beliau itu.

Cikgu Nesan telah memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar beliau di sekolah yang merupakan sekolah berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM) dengan pembinaan blog. Pendedahan awal ini telah memberikan satu impak yang baik kepada pelajar tersebut.

Jika di lihat pada penerimaan pelajar-pelajar berkenaan dengan ilmu ICT, mereka memang sudah bersedia dan sanggup di berikan peluang tersebut. Tetapi bagaimana pula dengan warga pendidik? Adakah masih dengan kaedah lama yang sedikit sebanyak memberikan mood pelajar-pelajar mereka bosan untuk ke kelas?

Aplikasi ICT untuk kegunaan warga pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga telah banyak di perkenalkan, antaranya Google for Educators dan e-book. Isunya sekarang adakah warga pendidik semua sanggup dan bersedia untuk perubahan dalam memberikan tarikan serta kelainan dalam proses P&P?
Teruskan Bacaan: "TARIKAN TERBARU DALAM PENDIDIKAN"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ETIKA BLOGGING

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah pada 24 September 2010 yang lepas semua pembentangan untuk kelas Isu-isu ICT iaitu subjek MTM6053 selesai dengan jayanya. Jika sebelum ini pensyarah iaitu Tuan Haji Nazri Saad telah mengadakan sesi pembentangan serta kelas secara online, tapi pada sekian kalinya ini yang hanya berbaki 8 orang pembentang, ianya di lakukan secara bersemuka di Makmal Pusat ICT UPSI.

Saya adalah pembentang yang terakhir. Pada malam itu, saya telah membentangkan satu kajian kes yang telah di jalankan bermula bulan Julai. Tajuk kajian ialah: Penggunaan Blog dalam Pendidikan. Sebelum ini juga, saya pernah menulis berkenaan dengan tajuk kajian yang telah saya lakukan ini antaranya ialah:

  1. BLOGGING
  2. BLOG PENDIDIKAN MENINGKATKAN LAGI ILMU PENGETAHUAN PENDIDIK DALAM DUNIA ICT
  3. KELEBIHAN MENGGUNAKAN BLOG DALAM PENDIDIKAN

Ianya adalah serba sedikit penerangan berkenaan dengan blog. Pada malam tersebut juga, semasa pembentangan, saya tertarik dengan point yang saya sendiri utarakan iaitu berkenaan dengan etika blogging. Apa yang di maksudkan dengan etika?? Menurut Wikipedia:

"Etika (melalui Latin ethica daripada bahasa Greek kuno ἠθική [φιλοσοφία] "falsafah moral") merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada manganalisis apa yang betul dan salah seperti yang sering dianggap. Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli falsafah. Antara isu utama dalam etika ialah pencarian summum bonum, iaitu "kebaikan yang terbaik". Tindakan yang betul dikatakan mengakibatkan kebaikan terbaik, manakala tindakan tak bermoral dikatakan menghalangnya."

Bagaimana pula dengan etika blogging?? Sebenarnya dalam blogging tidak ada etika yang rasmi tidak seperti mana penulisan majalah ilmiah yang telah menggariskan etika dan panduan khusus. Walaubagaimanapun, jika di lihat pada penggunaannya dewasa ini, ia memang patut mempunyai etika penulisan blog. Sepertimana yang di utarakan oleh Tun Dr Mahathir dalam akhbar Utusan:
“Kalau tidak ada kod etika, penulis blog akan menulis apa sahaja yang disukai tanpa menghiraukan sama ada ia berasaskan fakta atau tidak. Penulis blog seharusnya memainkan peranan membentuk minda masyarakat bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia melalui hasil penulisan yang tepat dan berkualiti. Oleh itu, kod etika diperlukan sebagai peraturan dalam diri (penulis blog) supaya menulis berasaskan kepada fakta dan kebenaran bukannya sekadar sesesuka hati”.

Teruskan Bacaan: "ETIKA BLOGGING"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TUTORIAL



KEMAJUAN ICT DALAM DUNIA PENDIDIKAN