JANGAN SALAHKAN KECANGGIHAN TEKNOLOGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dunia tanpa sempadan.. Bila dah tanpa sempadan kerja pun jadi mudah sebab tak perlu nk fikirkan sekatan dan sebagainya.. Tetapi dalam dunia internet sekarang dunia tanpa sempadan perlu di berikan perhatian yang lebih.. Jika tidak di kawal, pelbagai kes yang melibatkan penggunaan internet berleluasa..

Mengapa perlu di salahkan kecanggihan teknologi??? Bukankah itu semua satu perkembangan yang baik di samping memajukan negara dalam bidang yang melibatkan teknologi maklumat dan komunikasi.. Seharusnya ia perlu di nilai dari aspek individu tersebut samaada sudah bersedia atau tidak untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin..

[carian google: Mark Zuckerberg - orang yang bertanggungjawab dalam kemunculan Facebook ]

Berita berkenaan angka yang agak tinggi iaitu 60, 000 pelajar kita yang ketagih Facebook.. Tak dinafikan rangkaian sosial ini telah menjadi rangkaian nombor satu di dunia.. Dari hari ke hari penggunanya bertambah sehingga melibatkan mereka-mereka yang masih belajar di peringkat sekolah rendah.. Tetapi kesan serta impaknya tetap ada.. Seperti mana yang di laporkan dalam Berita Harian:

KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).

Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi. (Baca selanjutnya)

Walaubagaimanapun, kes ini bukan melibatkan kalangan pelajar sahaja.. Orang dewasa yang berkerjaya juga menghadapi situasi yang sama.. Institusi kekeluargaan retak akibat ketagihan rangkaian sosial ni.. Siapa harus dipersalahkan??? Adakah rangkaian sosial tersebut?? Atau teknologi yang berkembang dengan pesatnya... Kita takkan mampu menyekat arus perkembangan tersebut.. Hari ini negara kita menerima teknologi peringkat 3, di luar sana teknologi sudah peringkat 5 @ 6.. Teknologi akan terus memacu ke hadapan tanpa kita sedar kita sudah ketinggalan..

[carian google: Etika Penggunaan Internet]

Seharusnya semua memainkan peranan samaada di rumah, di sekolah, siber cafe, institusi pengajian dan institusi pekerjaan.. Paling penting diri sendiri tahu dan sedar akan kelebihan dan kekurangan sesuatu perkara yang hendak di lakukan.. Etika penggunaan internet dan komputer harus ada dalam diri setiap individu.. Setiap perkara takkan ada kesudahnnya jika masing-masing hanya tahu mencari salah dan menuding jari ke sesetengah pihak sahaja..

Teruskan Bacaan: "JANGAN SALAHKAN KECANGGIHAN TEKNOLOGI"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AKAN KEMBALI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sudah agak lama blog ni di tinggalkan.. Suatu masa dulu blog ni di wujudkan bagi memenuhi syarat untuk lulus subjek ISU-ISU ICT.. Apabila ianya sudah tamat dan semester juga sudah berganti, makan sunyilah blog ni.. Walaubagaimanapun, ianya hanya sementara.. Insya'Allah akan ada entry2 baru selepas ini..


Buat masa sekarang dalam semester baru ni, Insya'Allah adalah semester terakhir
sangat sibuk dengan kuliah dan projek akhir iaitu thesis. Banyak yang perlu di fokuskan.. Thesis yang di buat juga ada kena mengena dengan ICT. Saya takkan sia-siakan kewujudan blog ini..
Teruskan Bacaan: "AKAN KEMBALI"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENGGUNAAN BLOG DALAM PENDIDIKAN - SATU KAJIAN KES

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri kali ini akan memfokus kepada keseluruhan serta kesimpulan satu kajian kes berkenaan Penggunaan Blog dalam Pendidikan.

Dewasa ini, penggunaan blog lebih menjadi tarikan utama serta penggunaannya yang amat meluas. Ianya menjadi fenomena baru dalam mencari kelainan dalam berhubung. Dalam pendidikan pula, saban hari akan ada aplikasi barubagi menarik minat pelajar serta pendidik dalam mencari kelaianan dam pengajaran dan pembelajaran. Ianya amat di alu-alukan bagi memberikan impak yang terbaik buat anak bangsa dan juga generasi baru ini.

Penggunaan blog dewasa ini menjadi satu fenomena baru dalam dunia teknologi. Boleh juga di katakan ianya telah menarik minat ramai masyarakat menjadi penulis. Samaada ianya fakta atau sekadar berkongsi pendapat dan minat serta perjalanan aktiviti harian yang merupakan satu perkara peribadi.

Walaubagaimanapun, penggunaannya harus di lihat dari sudut yang positif. Di mana ia mampu memberikan impak yang besar dalam pembangunan minda masyarakat kita. Di sini dapat kita lihat penggunaan blog dalam pendidikan. Pendidikan negara kita juga telah mengalami banyak transformasi terutama dalam bidang teknologi.

Dapatan kajian berkenaan dengan penggunaan blog dalam pendidikan telah di jalankan sekitar bulan Julai hingga Ogos. Ianya di lakukan dengan mendapatkan pendapat serta pandangan individu-individu tertentu terutama guru-guru yang telah menggunakan blog dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendapat serta pandangan tersebut di salurkan melalui blog - http://arus-pendidikan.blogspot.com dan facebook - http://www.facebook.com/haida.hida.

Seorang guru iaitu Cikgu Wan Buanan bin Wan Hussain, dari Maktab Rendah Sains Mara Kuantan yang juga pelajar di Universiti Putra Malaysia telah memberikan pendapat serta pandangan beliau dalam kajian ini. Beliau juga salah seorang guru yang mengaplikasikan penggunaan blog dalam pendidikan terutama dalam subjek yang di ajar iaitu Bahasa Melayu untuk rujukan pelajar-pelajarnya. Selain itu, Cikgu Wan Buanan sedang menjalankan kajian terhadap penggunaan blog dalam pengajaran, fokus kepada penulisan karangan calon SPM.

Cikgu Wan Buanan telah mewujudkan banyak blog bagi beliau berinteraksi dengan pelajar serta masyarakat. Antara blog beliau ialah; Motivator Anda, Karangan, Kelas BM Maya, Bahasa Melayu Kertas 2, 1 Dinamik, 2 Dinamik, 4 Cemerlang dan Kelas 5 Amanah. Cikgu Wan Buanan telah merealisasikan penggunaan dengan memberikan segala bentuk tugasan dan latihan kepada pelajarnya dalam blog tersebut. Ianya di akui oleh seorang pelajar;
Ianya memberi sedikit kelainan jika di bandingkan dengan kaedah-kaedah sebelum ini. Apa yang lebih menarik, saya dapat berhubung dengan Cikgu Wan Buanan walaupun dalam cuti sekolah. Cuti tidak bermakna kami semua boleh abaikan pelajaran. Seperti saya yang mempunyai komputer dan internet di rumah telah membolehkan saya menyemak dari masa ke masa apa yang di maklumkan oleh Cikgu melalui blog tersebut. Selain itu, banyak tugasan dan latihan yang boleh saya lakukan sepanjang bercuti kerana ianya terus dari Cikgu. Contoh-contoh karangan yang di sediakan juga banyak membantu saya. Melalui blog itu juga, ibu bapa saya dapat mengetahui apa yang perlu saya lakukan sepanjang bercuti” (Asma Roslan, 4 Cemerlang MRSM, Kuantan).
Antara blog yang di wujudkan oleh Cikgu Wan Buanan Wan Hussain

Ini merupakan pendapat Cikgu Wan Buanan Wan Hussain berkenaan dengan penggunaan blog dalam pendidikan:

Selain itu, seorang guru yang juga salah seorang pemenang dalam pertandingan blog pendidikan anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris, Cikgu Swee Moi, menyokong usaha-usaha dalam mencari kelainan serta tarikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran:


Kesimpulan yang dapat di buat melalui kajian kes yang telah di jalankan ialah;

Melalui penulisan di blog para pendidik boleh berkongsi maklumat tentang pengalaman serta pengetahuan mereka. Bukan sahaja guru mempunyai blog, malahan ramai dalam kalangan pelajar sendiri mempunyai blog. Ini kerana, blog telah menjadi gaya hidup masyarakat. Inilah tempat mereka meluahkan apa sahaja. Di sini, sebagai pendidik, kita harus ambil peluang yang ada. Para pendidik boleh berinteraksi dengan pelajar melalui blog. Sama-sama menjadi follower. Blog ini satu fenomena baru, tak salah jika melaluinya para pendidik manfaatkan dengan semaksima mungkin dalam dunia pendidikan

Mungkin ada di antara guru-guru yang mencari kaedah untuk memberi kelainan serta tarikan bagi menarik minat para pelajar dalam subjek-subjek tertentu. Ada kalanya pelajar-pelajar ini bosan dan tidak berminat dengan kaedah pembelajaran dalam kelas. Sepatutnya sebagai seorang pendidik yang sentiasa peka serta ingin ilmu yang ada ini dapat di salurkan kepada anak bangsa dengan berkesan sentiasa mencari alternatif baru. Salah satunya blog. Peluang yang saya maksudkan ialah, pelajar sendiri sudah mempunyai blog, tidak salah jika pendidik itu memainkan peranan untuk menjadikan blog ini satu tapak atau medan mereka mengutarakan isu-isu berkenaan subjek yang di ajar dalam kelas. Saya yakin bahawa menggunakan kaedah ini, pelajar lebih aktif untuk memberikan pendapat serta pandangan.

PENGHARGAAN:

Dalam menyiapkan satu kajian kes ini, saya ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat. Terutama Tuan Haji Mohd Nazri bin Md Saad yang telah banyak memberi pendedahan baru aplikasi teknologi dalam dunia pendidikan. Seterusnya, ucapan terima kasih juga buat Cikgu Wan Buanan Wan Hussain dan Cikgu Swee Moi di atas perkongsian maklumat dan pendapat beliau dalam kajian kes ini.

Kepada kawan-kawan seperjuangan yang banyak memberi input dan pandangan serta sokongan yang tidak berbelah bagi sepanjang sesi kuliah dan kajian kes untuk kelas MTM6053 iaitu ISU-ISU ICT DALAM PENDIDIKAN, jutaan terima kasih di ucapkan.
Teruskan Bacaan: "PENGGUNAAN BLOG DALAM PENDIDIKAN - SATU KAJIAN KES"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TUTORIAL



KEMAJUAN ICT DALAM DUNIA PENDIDIKAN