Sebelum ini saya pernah memberikan istilah-istilah yang sentiasa di gunakan dalam blog seperti blog, blogger dan juga blogger service. Kali ini ingin saya berkongsi tentang kelebihan serta manfaat yang dapat diperolehi. Saya ada membuat sedikit pencarian terhadap kelebihan-kelebihan yang di nyatakan oleh blogger-blogger yang memang sudah lama serta arif dalam dunia blog ini. Mereka sendiri mengakui bahawa blog adalah satu medan serta tapak untuk mereka manfaatkan pengetahuan sebagai penulis atau sesiapa sahaja yang mahu belajar menulis.
Melalui penulisan di blog para pendidik boleh berkongsi maklumat tentang pengalaman serta pengetahuan mereka. Saya sendiri ada melakukan sedikit blogwalking (pencarian bke blog-blog) dan menemui blog yang merupakan blog-blog pelajar sekolah. Ini kerana, dewasa ini blog telah menjadi gaya hidup masyarakat. Inilah tempat mereka meluahkan apa saja. Di sini, sebagai pendidik, kita harus ambil peluang yang ada. Para pendidik boleh berinteraksi dengan pelajar melalui blog. Sama-sama menjadi follower. Blog ini satu fenomena baru, tak salah jika melaluinya para pendidik manfaatkan dengan semaksima mungkin dalam dunia pendidikan
Mungkin ada di antara guru-guru yang mencari kaedah untuk memberi kelainan serta tarikan bagi menarik minat para pelajar dalam subjek-subjek tertentu. Ada kalanya pelajar-pelajar ini bosan dan tidak berminat dengan kaedah pembelajaran dalam kelas. Sepatutnya sebagai seorang pendidik yang sentiasa peka serta ingin ilmu yang ada ini dapat di salurkan kepada anak bangsa dengan berkesan sentiasa mencari alternatif baru. Salah satunya blog. Peluang yang saya maksudkan ialah, pelajar sendiri sudah mempunyai blog, tidak salah jika pendidik itu memainkan peranan untuk menjadikan blog ini satu tapak atau medan mereka mengutarakan isu-isu berkenaan subjek yang di ajar dalam kelas. Saya yakin bahawa menggunakan kaedah ini, pelajar lebih aktif untuk memberikan pendapat serta pandangan.
Pendidik bukan sahaja bertanggungjawab dalam memastikan anak didiknya mendapat ilmu yang di ajar, mereka juga sentiasa memastikan anak bangsa ini betul-betul bersedia dalam mengharungi kehidupan mereka. Dengan ini, pendidik cuba untuk menjadikan para pelajar ini sebagai kawan. Adakah dalam kelas pendidik mampu untuk menerokai dunia pelajar mereka? Adakah para pelajar sudi menceritakan permasalahan kepada guru? Tidak salah jika saya katakan blog adalah tempat guru-guru menerokai isi hati pelajar mereka.
Di sini ada beberapa blog yang mengutarakan kelebihan blog dalam pendidikan:
.
Antara blog pendidik:
.
Bersama kita membincangkan isu blog dalam pendidikan. Mungkin ada di antara blogger terutama pendidik sendiri ada pandangan serta pendapat berkenaan isu ini. Atau mungkin apa yang di perkatakan tentang blog tidak sesuai dengan pendidikan. Semua terpulang pada pendapat dan pandangan individu.

5 komen:
blog ialah satu medan atau rung unik untuk guru dan pelajar manfaatkan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. jadi, sebagai memenuhi tuntutan zaman, maka setiap guru dan pelajar wajar memanfaatkan suasana persekitaran yang mengalami perubahan selaras dengan tuntutan sistem pendidikan semasa.saya melihat ini sebagai satu ruang amat berguna kepada semua selain menjadi medan mencatat aktiviti peribadi. manfaatkan apa yang baik dan ada.
salam kak.. saya setuju dengan apa yang akak katakan berkenaan dengan penggunaan blog dalam pengajaran dan pembelajaran.. saya masih lagi belajar di tingkatan 4.. cikgu saya pun selalu gunakan blog untuk memberi nota serta latihan terutama apabla kami cuti sekolah. saya pun teringin juga untuk ada blog sendiri, cuma tak berkesempatan saja lagi..
Teruskan usaha anda untuk mencari aplikasi yang berguna untuk dunia pendidikan
terima kasih pada yg sudi memberikan pendapat dan pandangan..
salam.. penggunaan blog merupakan salah satu platform perkongsian maklumat menggunakan aplikasi ICT di antara rakan2, guru dan sebagainya. byk kelebihan y dpt diperolehi dari penggunaan blog terutamanya untuk pendidikan seperti perkongsian maklumat antara guru2 y berlainan sekolah.
Post a Comment