SALAM.. Seperti dua tajuk sebelum ini yang telah saya postkan untuk perkongsian bersama berkenaan dengan bidang ICT. Sekarang saya ingin mengajak kawan-kawan membincangkan berkenaan dengan tajuk di atas iaitu "ICT DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT", terutama rutin harian masyarakat. kenapa dan mengapa ICT ini penting? Inilah yang akan kita bincangkan bersama. ICT ini adalah satu istilah perolehan maklumat. Pada satu artikel yang saya jumpai bertajuk "Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Pengupaya Masyarakat Melayu Berasaskan Pengetahuan", saya tertarik dengan baris-baris ayat:
"Sebuah masyarakat yang kaya maklumat? Masyarakat kaya maklumat atau masyarakat berasaskan ilmu memerlukan kewujudan faktor-faktor yang boleh menyokong dan ianya meliputi lima keadaan: kewujudan persekitaran info-struktur yang sesuai, infrastruktur yang mantap dan berkeyakinan, komuniti yang celik ICT, komuniti yang mempunyai kemahiran maklumat yang berkaitan, dan kewujudan governans yang menyokong"
Keberkesanan penggunaan ICT di kalangan masyarakat adalah demi pembangunan ke arah mewujudkan sebuah negara yang berteknologi dan berkomunikasi. Jika dilihat di negara-negara maju ianya amat ketara tahap penggunaan ICT terutama di negara Amerika Syarikat, Jepun, Kanada dan sebagainya. Ianya telah memberi impak, faedah dan juga kebaikan yang mampu dinikmati oleh semua pihak. Melaluinya negara akan lebih maju dan terbilang. [Rujukan bersama: 1 - Negara terbilang menerusi ICT, 2 - Malaysia di tempat tertinggi dalam penggunaan ICT]
.
Melihat kepada kepentingan ICT pada masyarakat, ianya di gunakan dalam bidang perniagaan, kemahiran dan pembelajaran, perubatan, dan pengurusan pentadbiran. Boleh dikatakan ICT pemangkin kepada terbentuknya sebuah kualiti. Tetapi sejauh manakah ICT dapat dijadikan kuasa penggerak dalam pembangunan masyarakat demi berdaya saing dalam era globalisasi.







1 komen:
ICT ni byk kelebihan jika kita pandai serta bijak menggunakannya... yang menjadikan masalah sekarang adalah sikap dan perlakuan individu yang tidak bertanggungjawab. itulah menjadikan ICT sesuatu punca yang telah dipersalahkan oleh sesetengah pihak..
Post a Comment